Saturday, December 3, 2011

KU KEMBALI KE ALAM MAYA

mengapa aku menghilangkan diri??

terlalu byk yg brlaku kebelakangan ini dalam hidupku...
aku menangis tidak trhingga seperti keluar airmata darah..
 ia berlaku begitu pantas sekali.. dengan sekelip mata sahaja.
aku sudah brfikir panjang dan sudah ada keputusan nya
aku perlu buat keputusan yang tidak pernah trcapai dek akalku sendri
tapi aku perlu tegas membuat keputusan ini
demi mempertahankan perasaan ku + hak aku + hak anak ku serta mempertahankan maruah keluarga yang dah byk tercemar dan dihina selama ini.
aku pown xsangka terjadinya begini dalam kehidupanku yang selama ini cukup sempurna
aku redha dgn ketentuanMu YA ALLAH...
ada hikmahnya atas apa yang terjadi dalam kehidupanku.

kepada anakku AIMAN..
maafkan ibu kerana tidak dapat melengkapkan kehidupanmu buat masa ini.
InsyaAllah ibu akan berusaha yg terbaik demi masa depan kita brdua.
jadilah anak yg soleh dan hormat pada keluarga.

kepada ibu bapaku..
maafkan aku kerana melukai orang tuaku sendiri..
aku lh punca masalah ini berlaku.
akulah punca maruah ibu bapaku sangat² tercemar.
dan aku jugalah punca yang menyebabkan ibu bapaku dihina teramat sangat.

kepada along dan kakak iparku...
maafkan aku kerana melukai along n kaklong.
akulah punca kerana tidak memilih yang baik selama ini.
dan terima kasih kerana byk menyokong

kepada keluarga GADINGGOku...
terima kasih byk² kerana memberiku sokongan sepenuhnya 
kepada sahabat²ku
maaf kerana aku belum punya ruang utk mencereritakan hal sbnarnya...
biarlah hal ini menjadi tanda tanya

kini... aku kembali ke alam maya... 
doakan kehidupanku akan lebih sempurna.. 
AMIN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...