Tuesday, May 21, 2013

GADINGGO FAMILY DINNER

Date : 21may2013
Time : 10.00pm
Vanue : Ar-Rawsha Restaurant, Kg. Pandan.

Alhamdulillah... Dah lama tak buat dinner gadinggo di restoren macam nie. Rasernyr 1st time kot...

Disebabkan kami semua ada bisnes, so kenalah pergi restoren yang beroperasi 24jam. Jadi pilihan kami di restoren ar-rawsha.

Makan malam nie juga sempena menyambut hari ibu buat nenek serta ibu-ibu dalam keluarga gadinggo. Termasuk juga cucu2 gadinggo yang sudah bergelar ibu dan bakal bergelar ibu. Kebetulan juga menyambut hari lahir cucu menantu gadinggo, wan.

Buat keluarga gadinggo, selamat hari ibu dan selamat hari bapa dan buat wan serta farah, selamat hari lahir.....

Tuesday, May 14, 2013

ALHAMDULILLAH... DIALAH JODOHKU

"telah diciptakan Hawa dari rusuk Adam, bukanlah dari kepalanya untuk dijunjung, bahkan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi dijadikan ia dari sisinya buat diabadikan sebagai teman hidup, hampir dengan hatinya untuk terus dicintai"

Alhamdulillah, aku sgt2 bersyukur akhirnya penantian kami sampai ke penghujung. Tarikh hari lahir beliau dijadikan tarikh paling istimewa buat kami. 220213 kami diijab kabulkan dan akan menjadi kenangan paling tidak dapat kami lupakan.

Tanggal 230213 adalah majlis resepsi. Sangat2 brsyukur kerana segala2nya telah diuruskan oleh keluarga beliau.
Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar dan aku sah menjadi isteri beliau.

Buat keluargaku yg trcinta,
Ribuan terima kasih kerana merestui perkahwinan kami ini.

Buat keluarga baruku yg amat kuhormati,
Jutaan terima kasih kerana bertungkus lumus untuk melancarkan lagi majlis kami dan terima kasih menerimaku sebagai ahli keluarga baru kalian.

Buat suami yg kucintai selamanya,
Terima kasih kerana menantiku selama ini dan ucapan ribuan terima kasih kerana menerimaku sbgai isterimu yg sah. Alhamdulillah.

Buat kalian.....
Doakanlah moga hubungan kami kekal hingga ke Jannah. InsyaAllah, Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...