Tuesday, May 14, 2013

ALHAMDULILLAH... DIALAH JODOHKU

"telah diciptakan Hawa dari rusuk Adam, bukanlah dari kepalanya untuk dijunjung, bahkan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi dijadikan ia dari sisinya buat diabadikan sebagai teman hidup, hampir dengan hatinya untuk terus dicintai"

Alhamdulillah, aku sgt2 bersyukur akhirnya penantian kami sampai ke penghujung. Tarikh hari lahir beliau dijadikan tarikh paling istimewa buat kami. 220213 kami diijab kabulkan dan akan menjadi kenangan paling tidak dapat kami lupakan.

Tanggal 230213 adalah majlis resepsi. Sangat2 brsyukur kerana segala2nya telah diuruskan oleh keluarga beliau.
Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar dan aku sah menjadi isteri beliau.

Buat keluargaku yg trcinta,
Ribuan terima kasih kerana merestui perkahwinan kami ini.

Buat keluarga baruku yg amat kuhormati,
Jutaan terima kasih kerana bertungkus lumus untuk melancarkan lagi majlis kami dan terima kasih menerimaku sebagai ahli keluarga baru kalian.

Buat suami yg kucintai selamanya,
Terima kasih kerana menantiku selama ini dan ucapan ribuan terima kasih kerana menerimaku sbgai isterimu yg sah. Alhamdulillah.

Buat kalian.....
Doakanlah moga hubungan kami kekal hingga ke Jannah. InsyaAllah, Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...