Monday, November 25, 2013

H&A Collections

Assalamualaikum...

Juz want to share my new bisnes. Masih dlm peringkat permulaan.

H&A Collections diambil dari huruf Hilmi & Asratul. So tubuhlah nama H&A Collections. Dibuka pada 25 November 2013.

H&A Collections setakat ini menjual dress , jubah dan pakaian bg wanita. Kami menjual dengan harga yg mampu dimiliki oleh semua org dan yg penting, semua penghantaran adalah PERCUMA.

Jemputlah singgah ke H&A Collections melalui :
INSTAGRAM : hna_collections
WECHAT : babyartul
BLOG : http://hnacollections.blogspot.com

Saturday, November 23, 2013

ICITY Shah Alam

bila suami ada masa, mulelh kaki nie pjg jerr.. huhuhu..

Destinasi yg sekian lama nk pergi.. ICITY ;-)

kali nie pergi Icity pada waktu ptg. Nak tunggu mlm lambat lagi so, pergi jer waktu ptg.

RED CARPET
Dewasa : RM 35
tak payah pergi jauh2 klau nak jumpa dgn Mr Bean, Jackie Chan, Jet Li, Mr & Mrs Smith, PSY, Mr & Mrs Becham, Messi, Tiger Woods dan banyak lagi sebab semuanya ada kt sini...
Memang harga mahal tp perlu masuk sekali cukuplah kan... klau singgah Icity buat pertama kali perlu masuk Red Carpet nie..

TRICK ART of MUSEUM
dewasa : RM 10
tempat nie mmg best sgt. banyak sgt gambar 3D yang dowg lukis. Memang sgt menarik & berbaloi2 ambik gambar. Klau pegi time ramai owg, kna 2nggu turn lh nk ambik gmbr. huhuhu

Kami juga dpt jln2 sekitar ICity. Next time nk pegi mandi2 kt water park die pulak...

Buat suamiku, terima kasih luangkan masa bersama kami semalam. ILY ;-)

Sunday, November 17, 2013

AIMAN TURNS 3 CELEBRATION

Alhamdulillah. Tahun 2014 nie berpeluang buat birthday party tuk anakanda trcinta.

Mula2 berfikir nk celebrate kt maner??
Fikir2 akhirnya I choose birthday party di MCDonalds. Coz snang wt waktu smua bisnes dh ttup. Huhuhu

Mula2 surver dlu mcm mane kos nk wt birthday party kt MCD.
Rupernyerr wajib bli 10pcs party pack with 10set happy meal. Klau adr byk jemputan knalh tambah2 set lain. Snang bincang dgn org yg organize birthday party kt MCD

Sebenarnya masa tuk birthday party hanya 2jam sahaja tapi disebabkan aku buat mlm, so xkesah smpai pkul bpe. Sbb lpas tue xderk saper dh wt birthday party. Lagi senang buat mlm. Sgt bebas. Org yg organize tue akan wt 3games tuk kanak2. Sgt best diorg organize. Kita pown xpayah nk susah2 basuh pinggan lpas party. Hahahaha.

Ini semua pengalaman. Klau x tanya owg MCD tue, kiter xkn tawu brape kos yg sesuai tuk jemputan kiter. Mcm wedding planner jgk tp nie birthday party planner. Huhuhu

So, trfikir2 pulak next year nk celebrate maner. Mayb celebrate dkt tadika Aiman. InsyaAllah. ;-)

Terima kasih pada suamiku. Walaupun tgh sibuk tp brkesempatan pulang tuk meraikan.
Terima kasih juga pada mak yg membantu urusan ini.
Terima kasih juga pada keluarga2 gadinggo dan keluarga2 mertua yang hadir serta semua yg hadir.

Monday, November 11, 2013

HAPPY 3rd BIRTHDAY Afiq Aiman

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sgt bersyukur.
Hari nie adalah Hari Lahir Anakandaku yg ke 3 thn. Sekejap saja masa berlalu. Dari tapak 2jari aku menjaganya dan kini sudah besar anakku Aiman.

Ibu & Abie doakan moga Afiq Aiman menjadi anak yg soleh, dan dapat membanggakan keluarga.
Ibu & Abie syg sgt kt Afiq Aiman

Hri sabtu ini adalah sambutan hari lahir Aiman dan moga Allah permudahkan urusan kami & melancarkan majlis tersebut.

Love u a lot syg Afiq Aiman

Sunday, October 20, 2013

Chicken Wing Grill

Mak belikan kepak ayam yang dh siap disalut rempah. mak cakap nk try panggang guna pemanggang ajaib.

Malam ini aku pown grill lh chicken wing tue..

serius memang sangat ajaib. hasilnya seperti chicken wing kt pizza hut. huhuhu
Walaupown beli chicken wing instant , tp puas hati dapat grill ayam sendiri.

Next time boleh buat lgi chicken grill nie.. hmmm.. seperti rasa macam nak buat kek jerk . huhuhu.

Esok beli bahan kek pulak. weee

Friday, October 11, 2013

AL-FATIHAH

Assalamualaikum...

Kali nie nukilan aku agak serius sikit. Aku telah kehilangan anak saudara sepupu yang baru dilahirkan.
Selalu berita ini aku baca di akhbar tetapi ia terjadi pada keluarga gadinggo yg aku kasihi.

ADRIAN JIBRAEL BIN BADRUL HISHAM selamat dilahirkan pada 081013 di hospital ATM. Alhamdulillah ketika itu sepupu yg aku sayangi dan anaknya dalam keadaan sihat sejahtera.

Tetapi AJ tak dapat hidup lama di dunia ini. Allah lebih sayangkan arwah dan pada 111013 jam 0900hrs, Adrian Jibrael disahkan meninggal dunia. Hati ibu bapa mana yg boleh terima kenyataan ini?? Sayu hatiku bila mendengar berita yg tak disangka. Ia berpunca kerana trsedak susu. Apr2 pown puncanya, kita kena redha dan terima apa yg trtulis buat diri kita. Itu semua Qada & Qadar Tuhan.

Buat sepupuku trsyg Norezzatul Dyanna dan suami, tabahkanlh hati kalian dan teruskan untuk terus hidup kehadapan. Percayalah Adrian Jibrael akan memberi syafaat di akhirat kelak.

Kami sentiasa memberi semangat kepada kalian dan akan tetap bersama kalian.

Mari sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat ADRIAN JIBRAEL BIN BADRUL HISHAM.

AL-FATIHAH....

Friday, October 4, 2013

Afiq Aiman wit Little Caliphs

Tahun 2014 dh 4thn usia Afiq Aiman. Aiman dh boleh mula Tadika dan Little Caliphs adalah tadika yang aku pilih

Kenapa Little Caliphs? Sebab aku nak pembelajaran Aiman bermula dengan agama dan bahasa Inggeris. So, Little Caliphs lh jawapannya. Banyak tadika yang aku google tp Little Caliphs yang sesuai utk Aiman lebih2 lg baru 4thn.

So 05102013 adalah pendaftaran Little Caliphs. Segala penerangan oleh teacher sudah diterangkan.

2014 - bermula persekolahan baru untuk Aiman dan Aiman xbley nak main2 sgt dh. Fokus pada pembelajaran. Harap semua brjalan lancar dan Aiman xmeragam. Amin

Thursday, October 3, 2013

'LASAGNA'

Menu kedua dengan menggunakan 'pemanggang ajaib' ialah LASAGNA.

Bahan2 perlu ada 3 sos iaitu sos bolognese, sos alfredo dan sos pasta bake. Yg penting mesti ada lasagna sheet.

Cara2 masak semua sos asing2 then layerkan dgn lasagna sheet. Dan jgn lupa atas lasagna taburkan cheese. Bakar dalm pemanggang ajaib sehingga cheese keperangan..

Siap dihidang.......

Dalam fikiran nie macam2 menu nak buat dengan pemanggang ajaib..

Wait & see ....

Monday, September 30, 2013

'Moist Choc Cake'

Tetiber rasa rajin nak buat kek. Punca dari OficMate yg ajak g kedai kek..
So, apa lagi... Aku pown blilh bhn buat kek

kali nie percubaan membuat 'Moist Choc Cake' tp slalu buat guna kukus or oven tp kali nie try pakai 'Pemanggang Ajaib'

Mujur OficMate paksa bli pemanggang ajaib nie sbb die kata mmg ajaib.

Bahan2 senang jerk sebab aku pakai tepung readymade. Hanya tambah telur, air dan butter.
Cara2 pulak hanya gaul semua bahan hingga sebati tanpa ketul.
Kemudian masukkan dalam Pemanggang Ajaib dan biarkan selama 15-20minit dengan api yang kecil.

Hasilnya.......

Sgt ajaib.....

Tadaaaaaaaaaaaaa!!!!!!

Next menu menggunakan 'Pemanggang ajaib' akan di update yr.. Huhuhuhu

Tuesday, August 13, 2013

Triple AAA Collagen Soap

Original aura. Triple AAA Pure Marine Collagen Soap (normal & dry skin)

With natural seaweed...
Skin look younger, fairer, free of wrinkle, and firm

ONLY RM 30

Sunday, August 11, 2013

HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Assalamualaikum...

Ramadhan berlalu dan kini tibanya Syawal.

Alhamdulillah sgt brsyukur kerana dapat menyambut raya pada tahun ini bersama keluarga tercinta dan yg lebih penting dapat beraya bersama suami...

Tahun ini turn raya umah I di batang kali. Pertama kali juga beraya tanpa tok ayah yg sudah kembali ke Rahmatullah.

1 Syawal - beraya di batang kali bersama2 nenek dan acik sekeluarga.
2 Syawal - pulang ke bagan serai beraya bersama sanak saudara serta keluarga mertua.
3 Syawal - singgah ke rumah saudara di Trolak sebelum pulang ke ibukota
4 Syawal - pulang ke ibukota
5 Syawal - mula bertugas seperti biasa.

Walaupown tak puas cuti tp tetap bersyukur dapat beraya bersama suami dan keluarga.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Maaf Zahir & Batin

Wednesday, July 17, 2013

ALMOND LONDON - RM 20

1bekas = 50biji

tempahan dibuka sekarang

hubungi whatsapp / wechat : 017-3899809

Tuesday, July 9, 2013

RAMADHAN tiba lagi

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menjalani Rukun Islam ketiga iaitu BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Bersyukur sangat2 kerana tahun ini aku dapat berpuasa bersama insan paling dicintai. InsyaAllah Ramadhan ini sama2 kita perbanyakkan ibadah dan amalan2 kebaikan.

kali ini juga aku berpeluang berbuka bersama keluarga dan keluarga mertua.. ini dapat mengeratkan hubungan kami bersama keluarga tercinta.

moga ibadah kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T

buat semua... kami sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa

Wednesday, June 12, 2013

FAMILY TRIP to BANDUNG, INDONESIA

28hb Mei hingga 31hb Mei

Kami sekeluarga pergi bercuti ke Bandung...
Selalu pergi bertiga dgn mak,abah n aiman tp kali nie kami berpeluang pergi satu keluarga...

Flight kami dari LCCT bergerak seawal jam 6pagi.
Dan tiba di Bandung jam 8pg waktu indonesia.

lokasi pertama tentulah ke Pasar Baru.. disebabkn Pasar Baru buka hingga petang sahaja, so pada petang kami ke Toko 3 & Rumah Mode.

Lokasi2 lain kami ke factory outlet dan chinabuyut.
rasa sedeyh gakx coz tak dapat pergi Trans Studio disebabkan masa 4hari 3mlm yang tidak mencukupi.

tp tahun ini kami sekeluarga muntah2 setelah balik dari bamdung. Maybe kami ada silap makan kowt... huhuhu

Tahun nie , kami berdua dah hbs lebih kurang 2k. Tahun depan InsyaAllah kami akan pegi lagi dan kumpul duit dari sekarang... huhuhu

da best ever vocation with family and ofcoz with my beloved husband. Thanx u my kesayangan...

Sunday, June 9, 2013

DUNIA KANAK-KANAK

inilah bahagianya bila ada anak...
dapatlah kita bawa dia jalan2 & main2 kat tempat permainan kanak2.
tempat tue xsemestinya di tmn titiwangsa atau mana2 tmn permainan. tp kini, dlm shopping mall pown ada tmn permainan kanak2.

1. MEGAKIDZ, Mid Valley.
harga murah mengikut usia. permainan ada untuk below 2thn dan 2thn keatas. bg sy, permainan megakidz nie sgt mencabar. gelongsornyer sgt tinggi. org dewasa pown boleh main jgk

2. YUKIDS ISLAND, The Curve.
harga lebih kurg mcm megakidz tp per kids. tak mengikut usia. permainan kt sini byk pkai bnda cm belon2. sgt2 safety tuk kanak2. sgt berlainan dgn megakidz. keluasan pown xbesar sgt.

3. KIDS E WORLD, Ikano Power Center.
Harga tempat nie agak mahal dari diatas. permainan lebih kurg mcm yukids island tp tambah dgn gelongsor tinggi. keluasan pown besar lagi dari yukids island. best jgklh.. hihihi

ada lagi tempat permainan kanak2 dlm shopping mall yg sy nak bawa anak. tp dalam 3 tempat nie, sy lebih gemar di MEGAKIDZ.
Tp kowg bleylh mencuba dulu untuk bawa anak2.

Tuesday, May 21, 2013

GADINGGO FAMILY DINNER

Date : 21may2013
Time : 10.00pm
Vanue : Ar-Rawsha Restaurant, Kg. Pandan.

Alhamdulillah... Dah lama tak buat dinner gadinggo di restoren macam nie. Rasernyr 1st time kot...

Disebabkan kami semua ada bisnes, so kenalah pergi restoren yang beroperasi 24jam. Jadi pilihan kami di restoren ar-rawsha.

Makan malam nie juga sempena menyambut hari ibu buat nenek serta ibu-ibu dalam keluarga gadinggo. Termasuk juga cucu2 gadinggo yang sudah bergelar ibu dan bakal bergelar ibu. Kebetulan juga menyambut hari lahir cucu menantu gadinggo, wan.

Buat keluarga gadinggo, selamat hari ibu dan selamat hari bapa dan buat wan serta farah, selamat hari lahir.....

Tuesday, May 14, 2013

ALHAMDULILLAH... DIALAH JODOHKU

"telah diciptakan Hawa dari rusuk Adam, bukanlah dari kepalanya untuk dijunjung, bahkan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi dijadikan ia dari sisinya buat diabadikan sebagai teman hidup, hampir dengan hatinya untuk terus dicintai"

Alhamdulillah, aku sgt2 bersyukur akhirnya penantian kami sampai ke penghujung. Tarikh hari lahir beliau dijadikan tarikh paling istimewa buat kami. 220213 kami diijab kabulkan dan akan menjadi kenangan paling tidak dapat kami lupakan.

Tanggal 230213 adalah majlis resepsi. Sangat2 brsyukur kerana segala2nya telah diuruskan oleh keluarga beliau.
Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar dan aku sah menjadi isteri beliau.

Buat keluargaku yg trcinta,
Ribuan terima kasih kerana merestui perkahwinan kami ini.

Buat keluarga baruku yg amat kuhormati,
Jutaan terima kasih kerana bertungkus lumus untuk melancarkan lagi majlis kami dan terima kasih menerimaku sebagai ahli keluarga baru kalian.

Buat suami yg kucintai selamanya,
Terima kasih kerana menantiku selama ini dan ucapan ribuan terima kasih kerana menerimaku sbgai isterimu yg sah. Alhamdulillah.

Buat kalian.....
Doakanlah moga hubungan kami kekal hingga ke Jannah. InsyaAllah, Amin.

Wednesday, April 24, 2013

2nd monthsary from him to me

Alhamdulillah sudah 2bln kami melayari alam rumah tangga. Sgt brsyukur kerana dipertemukan dgn lelaki yg sgt brtanggungjawab dan pndai mengambil hati.

Juz wanna share yg skang nie, I dh pkai android. So snanglh nk ipdate blog, whatsapp, wechat n mcm2lh social life yg adr zaman canggih nie

Tadaaaaaa.....

Anyway syg... Tqvm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...