Friday, October 11, 2013

AL-FATIHAH

Assalamualaikum...

Kali nie nukilan aku agak serius sikit. Aku telah kehilangan anak saudara sepupu yang baru dilahirkan.
Selalu berita ini aku baca di akhbar tetapi ia terjadi pada keluarga gadinggo yg aku kasihi.

ADRIAN JIBRAEL BIN BADRUL HISHAM selamat dilahirkan pada 081013 di hospital ATM. Alhamdulillah ketika itu sepupu yg aku sayangi dan anaknya dalam keadaan sihat sejahtera.

Tetapi AJ tak dapat hidup lama di dunia ini. Allah lebih sayangkan arwah dan pada 111013 jam 0900hrs, Adrian Jibrael disahkan meninggal dunia. Hati ibu bapa mana yg boleh terima kenyataan ini?? Sayu hatiku bila mendengar berita yg tak disangka. Ia berpunca kerana trsedak susu. Apr2 pown puncanya, kita kena redha dan terima apa yg trtulis buat diri kita. Itu semua Qada & Qadar Tuhan.

Buat sepupuku trsyg Norezzatul Dyanna dan suami, tabahkanlh hati kalian dan teruskan untuk terus hidup kehadapan. Percayalah Adrian Jibrael akan memberi syafaat di akhirat kelak.

Kami sentiasa memberi semangat kepada kalian dan akan tetap bersama kalian.

Mari sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat ADRIAN JIBRAEL BIN BADRUL HISHAM.

AL-FATIHAH....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...